Apa itu Paradox of Choice?

Paradox of Choice adalah sebuah buku ditulis oleh seorang pakar psikologi United States, Barry Schwartz. Jika mahu pehaman yang lebih detail dan signifikan boleh tengok video di bawah, Barry Schwartz dah cerita panjang lebar di TED talk tahun 2005 lagi pasal paradox of choice ni. Kalau masih tak puas hati, nak lagi detail boleh cari buku Paradox of Choice di Kinokuniya.
 
 
 
So aku pula akan cerita apa yang aku faham daripada talk Barry ni. So basically paradox of choice ni akan berlaku bila manusia tu ada terlalu banyak pilihan. Pernah tak masuk kedai roti tapi terlalu banyak pilihan dan end up standing there and no idea what to pick. At last keluar dari kedai tanpa beli apa apa. Ini lah yang dikatakan paradox of choice. Pilihan yang banyak membuatkan kita berada dalam fasa 'paralysis' otak jadi kebas tak tahu nak buat pilihan. Kat sini lah juga bermula nya quote "less is more".
 
Bagi sesiapa yang ada business dan yang bercadang nak buat business yang melibatkan penjualan produk dan perlu meyakinkan pembeli, anda perlu ambil kira faktor paradox of choice ni. Saya ambil contoh satu study dari buku Paradox of Choice itu sendiri.
 
Experimen A - menawarkan 24 jenis jam pelbagai perisa
Experimen B - menawarkan 6 jenis jam pelbagai perisa
 
Betul experimen A menarik jumlah pengunjung yang ramai tetapi jumlah pengunjung yang mencuba sample jam adalah dalam bilangan yang sama. Apa keputusan jualan dalam kedua-dua experimen itu. Jumlah pembelian dalam Experimen A cuma 3% manakala Experimen B 30% jumlah pembelian. Kenapa jadi begitu? Paradox of Choice telah berlaku. Pengunjung di Experimen A paralysis dan tidak mampu membuat pilihan kemudian berlalu pergi. 
 
Jom kita lihat dalam kes lain pula. Kali ni kita lihat dalam kes yang melibatkan restaurant terkemuka. Apa kaitan restaurant dengan Paradox of Choice. Di restaurant restaurant terkemuka mereka akan menawarkan pelbagai pilihan menu dan kadangkalanya sampai beratus menu dalam list. Bila customer dah dalam fasa paralysis dan tak tahu nak buat pilihan, pada masa ini lah waiter akan encourage kita untuk cuba 'Special Menu' di restaurant mereka. Dalam paralysis state kemudian dapat pula enhancement daripada waiter sudah tentu customer pun akan memilih 'Special Menu' yang dicadangkan oleh waiter tersebut. Guess what? Percayalah 'Special Menu' itu adalah menu with the highest profit margin. Nampak tak paradox of choice ni boleh digunakan dalam business untuk 'up' kan income.
 
Sama juga dengan habit membaca. Listkan 5-10 buku dalam waiting list untuk dibaca. Pilihan buku yang terlalu banyak boleh buatkan kita bertangguh dan jadi seorang procrastinator berjaya. Ini kes lain pula tentang isu procrastinator. Sudahnya kita akan cakap " Tak tahu nak pilih buku yang mana, banyak sangat, esok lah pilih". Ada lagi contoh yang paling mudah bagi rakyat Malaysia. Soalan "Nak makan mana?". Soalan ni lah soalan yang paling susah nak jawab dan ini based on pengalaman saya juga sepanjang saya punya student life di Bangi. Bangi ni syurga makanan selain Shah Alam. Jalan sikit mesti jumpa kedai makan. Tapi end up makan di kedai yang sama je setiap hari sebab takut makan di kedai lain maybe tak sedap, mahal, service tak bagus dan etc. Hah ni pun satu lagi masalah iaitu tak berani mencuba sesuatu benda yang baru. Maybe boleh ulas isu procrastinator dan tak suka mencuba benda baru di post yang lain.
 
So apa nak buat bila kita berhadapan dengan Paradox of Choice? Sebagai contoh soalan nak makan mana tadi tu.
  1. Kita boleh listkan restaurant yang ada dalam kepala kita dalam 3-5 pilihan. Then kita timbang yang mana lebih berat dengan keinginan kita pada masa itu. Mungkin masa tu kita nak makan masakan melayu, nak tempat yang ada privasi, range harga berpatutan dan etc.
  2. Cadangan saya maybe kita boleh buat 'lucky roulette'. Listkan semua pilihan kita dan hah, pusing je roulette tu. Pilihan yang pop up tu hah itu lah dia pilihan kita.
  3. Bersyukur je lah lepas buat pilihan sama ada result dia baik ataupun tidak.
 
Omar F.
 







Comments

Popular Posts